Thursday 24 April 2014

Resepi: Sarapan Lengkap, Mudah dan Cepat

Assalamualaikum.

Sarapan adalah acara makan yang paling penting dalam sehari. Ia membekalkan tenaga untuk kita sehingga tengah hari, yakni sebelum kita menjamu selera 'lunch'. Jangan abaikan sarapan. Beberapa kajian juga mencadangkan yang sarapan akan mengurangkan risiko menjadi obese, meningkatkan tumpuan ketika belajar (terutama untuk pelajar) dan membuatkan kita lebih ceria dan fokus.

Bak kata pepatah Inggeris,
Eat breakfast like a king, 
Lunch like a prince,
and dinner as a beggar 

Hani nak share satu kaedah menyediakan sarapan yang mudah, berkhasiat dan mengeyangkan. Mungkin ramai yang dah cuba dan Hani lihat memang selalu ada di wall FB.

Masa ni just potong dadu blok cheddar tu ^^

Bahannya mudah sahaja:
 Roti putih/wholegrain 12 keping

***
A
 2 biji telur
. 1/4 cawan susu full cream
Secubit garam
Sedikit lada sulah

***
B
 1 biji bawang besar didadu halus
 Brokoli/cendawan tiram/cendawan butang/sayur campur(carrot, peas, jagung)
Hirisan ayam/tuna in water/sosej

***
Kepingan keju cheddar/ mozarella untuk ditabur

Caranya:
1. Padatkan roti dalam muffin pan.
2. Gaul sebati bahan A dan masukkan semua bahan B
3. Sudukan adunan dalam roti tadi dan tabur keju pilihan
4. Bakar dalam oven 170'C selama 15-20 minit.

Siap untuk dihidang.



Bagi Hani, isi atau filling roti ni ikut kesukaan kita. Kalau ada masa lebih, boleh tumiskan dahulu terutama jika anda memilih untuk menggunakan ayam mentah. Kalau yang dah masak, teruskan sahaja kerana kepanasan oven dah cukup.

Selamat mencuba!

Tips: letak sedikit capsicum dan sos tomato sebelum menabur keju. Terasa seperti pizza mini ☺

Syukran! Thank you! 

No comments:

Post a Comment