Monday 22 September 2014

Saturday 23 August 2014

Budget Doorgift untuk Perkahwinan etc

Assalamualaikum.

Lama menyepi daripada blog-ing.

Ini nak maklumkan pada semua bakal pengantin terutama yang ada di area Seremban sehingga ke Kajang dan Bangi, kami menyediakan doorgift yang murah dan mampu untuk meraikan tetamu anda pada hari bahagia.



Aneka perisa muffin yang dibungkus kemas. Ada banyak perisa; antaranya plain vanilla, pandan kelapa, choc chips, double chocolate, strawberi/blueberi jem, mix fruit, marble dan lain-lain.

Kami menawarkan promosi untuk majlis bermula Oktober 2014 sehingga Januari 2015 dengan harga budget RM700 untuk 500 pax (min order).

Muffin saiz standard dan menggunakan bahan berkualiti. Sila sms 013-897 4586  untuk tempahan.

p/s: untuk memastikan kepuasan pihak pelanggan, kami mengehadkan hanya 3 majlis seminggu. Maklum, semuanya adalah homemade dan diadun dan dibakar sendiri :)

Syukran! Thank you! 

Wednesday 30 April 2014

Lapis Cheezy

Assalamualaikum.

Hari ni buat lapis cheezy blueberi dan strawberi. Alhamdulillah, ada saja rezeki :)


In sha Allah dalam proses mencuba beberapa perisa baru. Nak test sesuai tidak dengan cheese.
Mungkin epal atau peach?

Order? SMS hani 013 897 4586

Syukran! Thank you! 

Thursday 24 April 2014

Resepi: Sarapan Lengkap, Mudah dan Cepat

Assalamualaikum.

Sarapan adalah acara makan yang paling penting dalam sehari. Ia membekalkan tenaga untuk kita sehingga tengah hari, yakni sebelum kita menjamu selera 'lunch'. Jangan abaikan sarapan. Beberapa kajian juga mencadangkan yang sarapan akan mengurangkan risiko menjadi obese, meningkatkan tumpuan ketika belajar (terutama untuk pelajar) dan membuatkan kita lebih ceria dan fokus.

Bak kata pepatah Inggeris,
Eat breakfast like a king, 
Lunch like a prince,
and dinner as a beggar 

Hani nak share satu kaedah menyediakan sarapan yang mudah, berkhasiat dan mengeyangkan. Mungkin ramai yang dah cuba dan Hani lihat memang selalu ada di wall FB.

Masa ni just potong dadu blok cheddar tu ^^

Bahannya mudah sahaja:
 Roti putih/wholegrain 12 keping

***
A
 2 biji telur
. 1/4 cawan susu full cream
Secubit garam
Sedikit lada sulah

***
B
 1 biji bawang besar didadu halus
 Brokoli/cendawan tiram/cendawan butang/sayur campur(carrot, peas, jagung)
Hirisan ayam/tuna in water/sosej

***
Kepingan keju cheddar/ mozarella untuk ditabur

Caranya:
1. Padatkan roti dalam muffin pan.
2. Gaul sebati bahan A dan masukkan semua bahan B
3. Sudukan adunan dalam roti tadi dan tabur keju pilihan
4. Bakar dalam oven 170'C selama 15-20 minit.

Siap untuk dihidang.



Bagi Hani, isi atau filling roti ni ikut kesukaan kita. Kalau ada masa lebih, boleh tumiskan dahulu terutama jika anda memilih untuk menggunakan ayam mentah. Kalau yang dah masak, teruskan sahaja kerana kepanasan oven dah cukup.

Selamat mencuba!

Tips: letak sedikit capsicum dan sos tomato sebelum menabur keju. Terasa seperti pizza mini ☺

Syukran! Thank you! 

Wednesday 23 April 2014

Lapis Cheezy, Jelly Kelapa

Assalamualaikum.

Padat kan? Filling banyak ^^

Jelly kelapa

Order boleh sms hani 013 897 4586

Syukran! Thank you! 

Tuesday 22 April 2014

Kek Keju Lava

Assalamualaikum.

Maaf lama tak update blog. Tak menyempat kerana banyak ke sana ke mari akhir-akhir ni.

Alhamdulillah, disebabkan ada permintaan kek keju lava, mula dengan perisa strawberi dan mocha, rezeki sentiasa ada.

Istimewanya, kek ni lembut dan tak manis sangat; sedang elok je. Tengah-tengah ada cheese dan topping pun ada cheese. Ada beberapa perisa kek dan boleh request penambahan filling kalau nak.


Sedap sangat kek ni. Bagi penggemar cheese cake yang berada di Beranang, Mantin, Pajam, Semenyih, dan Bangi, bolehlah order dengan Hani. COD di tempat yang kita persetujui bersama.



Oh, min order 8 bekas, dan boleh pilih 2 perisa kek kegemaran.

Hani 013 897 4586
Syukran! Thank you! 

Monday 10 March 2014

Lapis Cheezy

Assalamualaikum.

Biar gambar berbicara :)


SMS 013-897 4586

Syukran! Thank you!